Skip to content

Petronas Bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur

Hari ini, delegasi daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Sr. Mohd Salem Kailany, Ketua Pengarah Eksekutif KLCC Holding, telah mengadakan pertemuan dengan YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur di pejabatnya.

Pertemuan ini sudah pastinya mengukuhkan jalinan kerjasama dua hala di antara kedua pihak. Selain perkongsian berkaitan operasi PETRONAS dan KLCC, turut dibincangkan adalah berkaitan peluang kerjasama yang bakal memberi manafaat kepada warga kota secara umumnya.

Semoga pertemuan ini menjadi asas kukuh untuk kolaborasi strategik demi manfaat bersama.